Ahad, Ogos 15, 2010

Perniagaan Internet

Perniagaan internet sama lah juga dengan perniagaan yang dijalankan di alam nyata. Anda boleh menjual apa sahaja yang anda suka selagi tidak menyalahi undang-undang dan syarak.

Oleh kerana internet merupakan medium rangkaian yang semakin banyak digunakan di dunia, ia mudah.. murah dan pantas. Oleh kerana itu juga, anda harus mengambil kesempatan dengan teknologi yang ada untuk memulakan dan memajukan lagi perniagaan anda. Antara kelebihan perniagaan internet ialah:

1. Ia mudah dilaksanakan
2. Modal yang rendah
3. Kos pengendalian yang rendah
4. Jumlah pengguna internet yang semakin berkembang
5. Boleh dijalankan secara otomatik

Maka, apakah anda ingin ketinggalan? Gunakan peluang yang ada di depan mata, cuma anda perlu belajar, mencuba dan berusaha untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Langkah-langkah yang perlu anda mulakan.

1. Mengenalpasti pasaran

Sebagaimana perniagaan di luar sana, target market adalah satu perkara yang penting. Anda perlu membuat sedikit kajian untuk menentukan siapakah sasaran atau bakal pelanggan anda.

Anda juga perlu mengetahui perihal supply and demand untuk perniagaan anda. Siapakah pesaing anda dan siapakah bakal membeli produk anda.

Anda boleh mengenalpasti pesaing anda dengan mencari kata kunci yang anda pilih di enjin carian. Website siapakah yang berada teratas dan lawatilah laman web tersebut untuk mencari kekuatan dan kelemahan pesaing anda. Selepas itu, sudah pasti anda harus melakukan yang terbaik daripada pesaing anda.

2. Membina laman web perniagaan

Bangunkanlah sebuah laman web khas untuk menerangkan ciri-ciri dan kelebihan produk yang anda ingin pasarkan. Laman web itu juga akan bertindak sebagai wakil penjual. Oleh kerana itu anda boleh bayangkan bagaimana wakil anda akan bercerita kepada bakal pelanggan anda.

Anda perlu menceritakan perihal produk anda dengan menulis di dalam laman web tersebut. Antara tip yang perlu anda ceritakan ialah:
a. Menerangkan faedah yang diperolehi dengan membeli produk tadi
b. Memberi hadiah atau bonus yang berpatutan kepada pembeli
c. Menyediakan kemudahan untuk pembayaran
d. Testimoni daripada pelanggan yang telah membeli

Untuk membina laman web yang interaktif anda boleh menghubungi team kami untuk mendapat keterangan dan bagaimana membina laman web yang mudah dan murah.

3. Domain dan Hosting

Untuk meletakkan laman web anda supaya boleh dilihat seantero dunia, anda mesti mempunyai domain dan hosting.

Domain name ialah nama rujukan atau alamat website anda. Contohnya http://www.waklut.myportal.my. Ini adalah laman web yang saya gunakan untuk berkongsi bersama ilmu perniagaan internet.

Anda boleh memilih domain name yang sesuai dengan citarasa atau perniagaan anda. Cuma tip yang boleh dikongsi ketika memilih domain name ialah:

a. Ia mudah diingat
b. Barkaitan dengan laman web anda
c. Tidak megelirukan

Web hosting pula ialah tempat untuk menyimpan semua fail laman web anda. Untuk mendapatkan domain name dan tempat hosting ini juga, anda boleh menghubungi team kami

4. Menerima bayaran.

Setelah anda mempunyai laman web yang menjelaskan produk anda, maka anda perlu menyediakan pula tempat pembayaran.

Sekiranya tumpuan pelanggan anda hanya sekitar di malaysia sahaja, anda hanya perlu mempunyai perbankan internet. Ia telah disediakan oleh maybank, publicbank atau cimb bank. Anda hanya perlu memberikan atau mencatatkan no akaun anda dan meminta pembeli membayar ke akaun tersebut sebelum atau selepas membuat pesanan.

Sekiranya anda ingin meluaskan perniagaan ke luar negara, anda perlu mendaftar dengan paypall untuk mendapatkan perhidmatan pembayaran secara online.

5. Memasarkan produk anda.

Sekiranya semua telah tersedia, ada produk, laman web sudah boleh dilayari, sistem pembayaran sudah aktif, maka ucapan tahniah boleh diberikan, tetapi, gerak kerja yang anda lakukan ini baru sekadar 20%, 80 peratus lagi adalah mempromosi website anda itu.

Kesimpulan:
Inilah sedikit panduan asas, untuk menggerakkan diri menjadi usahawan internet. Saya berharap anda akan terus melayari blog ini untuk info yang lain, setakat ini dahulu dan sudahi dengan doa semoga anda semua berjaya dan menjadi usahawan internet yang sebenar.

Tiada ulasan: