Jumaat, Ogos 20, 2010

Information Overload

 “Lebih banyak maklumat tidak bererti kita menjadi lebih berpengetahuan. Kita harus menghindarkan nasib malang di mana kita boleh melihat dengan lebih banyak tetapi kurang mengetahui. Sebenarnya menimbunkan seseorang dengan maklumat daripada yang sanggup diprosesnya akan membawa kepada satu jenis penyakit baru – maklumat yang membebankan (information overload).”
- Dipetik daripada buku “Daripada KSE Kepada KBE”, tulisan Billi P.S. Lim.

Penyakit “information overload” ini juga berlaku dalam perniagaan internet. Oleh kerana hendak menjimatkan kos, ramai yang ingin belajar sendiri dengan mencarinya di internet seperti mendownload ebook percuma, merujuk lebih daripada seorang mengenai perniagaan internet, merujuk banyak laman web, melanggan banyak newsletter dan pelbagai lagi cara. Akhirnya, mereka tersungkur, bingung dan keliru kerana dengan andaian maklumat yang banyak dapat membantu, TETAPI SEBALIKNYA!

Masalah ini berlaku, kerana tidak ada perancangan yang jelas, atau terlalu rakus nak tahu banyak perkara atau nak tunjuk glamor supaya orang menyangka kita tahu segala-galanya. Andaian yang mengatakan banyak tahu perihal perniagaan internet maka lebih berjaya biasanya akan membawa perkara yang sebaliknya.

Tip menyelesaikan masalah "information overload"

1. Rancang dan tentukan apa yang PERLU atau yang anda INGIN tahu. Kemudian, lakukan kajian atau pencarian maklumat yang HANYA diperlukan sahaja. Jangan endahkan (jangan ambil tahu) maklumat-maklumat lain dan yang tidak dirancang! Dalam kata lain, utamakan yang diperlukan sahaja, jangan sibuk-sibuk nak tahu perkara lain.

Contoh: Anda ingin tahu mengenai program google adsense, dalam asyik mencari bahan dan mengkaji, terdetik di hati nak tahu pasal affiliate, resell right atau ebay. Anda perlu kuatkan hati untuk “stick” atau tumpu (fokus) pada apa yang diperlukan dahulu mengikut KEUTAMAAN. Lakukan sesuatu kajian atau pembelajaran dalam satu-satu masa sahaja dan tidak dicampur-aduk dengan perkara lain dalam masa yang sama.

2. Dapatkan ebook samada berbayar atau percuma mengenai perkara yang ingin diketahui. Kebanyakan maklumat dari ebook telah disusun rapi dan sistematik. Setelah dapat ebook tersebut, baca dan “study” sampai faham dan senaraikan apakah kemusykilan yang tak terjawab melalui ebook itu dan buat kajian samada mencari sendiri atau bertanyakan orang lain termasuk penulis ebook tadi

3. Ikuti seminar, bengkel, kelas atau personal coach. Orang yang bijak sebenarnya banyak melabur untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai seminar, bengkel atau dengan mengupah “personal coach” untuk mempelajari sesuatu perkara. Cara ini adalah lebih membantu namun ia memerlukan sedikit pengorbanan dari segi kos (wang). ILMU tidak sama dengan HARTA MATERIAL.Ramai yang tertipu dengan wang, jadi, pastikan anda lebih mengutamakan ilmu untuk lebih berjaya,

4. Rehat Yang Cukup. Jika otak menerima maklumat tanpa henti, ada risiko besar untuk mendapat penyakit mental atau tekanan jiwa. Luangkan sedikit masa untuk berehat, beriadah dan bersosial. Kita adalah manusia dan bukan robot.Dengan rehat yang cukup, otak kita tidak akan stress dan jiwa kita pun akan lebih tenang. Pokok pangkal, perancangan masa dan hidup yang sistematik.

5. Rujuk mereka yang tahu. Umpama bertanyakan arah jalan, begitu juga dalam menuntut ilmu atau bertanyakan sesuatu perkara. Tanyalah mereka yang sudah berjaya atau benar-benar tahu atau sudah dapat ‘bebaskan’ diri daripada bebanan atau limpahan maklumat. Jika kita bertanya atau merujuk kepada mereka yang sama berpenyakit, maka lagi parahnya sakit “information overload” itu.

6. Lakukan banyak solat istiharah, minta bantuan yang ampunya rezeki dan ilmu. Pilihan yang ampunya rezeki dan ilmu ini lebih tepat dan kena masanya dengan apa yang kita fikirkan.

Oklah, saya rasa itu sahaja tips yang boleh diguna-pakai. Saya harap, infomasi ini boleh membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah “information overload”

Tiada ulasan: