Sabtu, Oktober 02, 2010

5 Perkara Penting Menjadi Usahawan Internet

Sejak kebelakangan ini saya dapati pengguna internet semakin hari semakin bertambah. Malah, pelbagai jenis produk baru juga muncul di pasaran. Ini menunjukkan satu senario yang begitu positif jika di lihat dari sudut perniagaan. Secara tidak langsung kadar pertumbuhan usahawan internet juga bertambah. Namun, ada beberapa perkara juga yang perlu di lihat terutamanya peratus kegagalan sebagai usahawan internet. Majoritinya mengalami kegagalan. Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah kesilapan yang dilakukan oleh mereka? Sebenarnya ada beberapa faktor yang membuat kebanyakan usahawan internet gagal. Ada juga yang gagal sebelum memulakan perniagaan internet mereka lagi. Mengikut kajian diantara faktornya ialah majoriti menganggap menjadi usahawan internet adalah amat mudah. Mereka terpengaruh dengan ayat-ayat power seperti ‘Buat duit di internet dengan hanya satu jari sahaja!’. Persepsi begini membuatkan mereka terkejut atau kecewa apabila mereka melalui proses yang sebenar.

Untuk bemula menjadi usahawan internet, prosesnya adalah sama seperti perniagaan lain. Kita perlu mengikut proses yang betul, langkah demi langkah untuk mencapai matlamat kita. Lupakan saja jalan pintas kerana ianya akan mengundang kegagalan di kemudian hari. Sebenarnya, setiap usahawan yang berjaya mereka pasti berguru dan berlajar terlebih dahulu, sekurang-kurangnya mereka akan mencari seseorang yang pakar untuk menjadi mentor kepada mereka. Diantara perkara yang perlu diambil berat untuk menjadi usahawan internet adalah seperti:

 Persediaan
Tahukah anda lebih 95% usahawan internet di dunia gagal menjana sebarang pendapatan yang stabil dan menguntungkan? Apakah kesilapan besar mereka dan bagaimana untuk anda menyertai sebahagian kecil 5% usahawan internet yang hebat dan berjaya? Persediaan yang paling penting sebelum anda menjadi usahawan internet yang berjaya adalah mindset. Kemahiran asas seperti memahami terma perniagaan internet, konsep, peluang dan sedikit teknikal juga penting. Selain dari itu, strategi pengurusan kewangan juga amat penting untuk menjadi usahawan internet yang hebat. Tanpanya, anda pasti gagal. Anda perlu belajar bagaimana untuk mengekalkan momentum anda untuk maju setiap hari demi hari. Anda juga perlu membuat perancangan yang rapi. Inilah kesilapan besar yang perlu anda elakkan sama sekali! Seperkara lagi, semua usahawan internet mengimpikan pendapatan pasif yang lumayan melalui internet. Namun, awas! Internet juga menawarkan pelbagai program membuat duit yang dipenuhi perangkap berduri. Elakkan diri anda daripada program scam. Pastikan anda tahu tujuan dan fungsi sebenar internet.

 Pasaran & Pemasaran
Sebagai usahawan, strategi pemasaran yang betul dan berkesan adalah penting. Anda perlu belajar asas-asas strategi sulit pemasaran. Anda juga perlu tahu medium pemasaran yang menjadi tumpuan ramai dan mempunyai nilai conversion yang tinggi. Pemilihan niche serta kepentingannya. Masalah utama kebanyakan usahawan internet adalah syok sendiri. Anda mesti melakukan kajian permintaan, persaingan dan beberapa perkara lagi terlebih dahulu. Setiapnya mempunyai sifat yang berbeza dan kaedah janaan duit yang berlainan. Tanpanya usaha internet anda adalah sia-sia.

 Trafik
Laman web atau usaha promosi anda tidak akan berhasil tanpa ada trafik atau pelawat yang boleh memberikan anda duit atau sumber pendapatan di internet. Anda harus mencari apakah formula terbaik serta efektif untuk menarik trafik yang menjamin keuntungan: Anda perlu fahami asas penjanaan trafik. Pemahaman ini penting sekiranya anda mahu menawarkan iklan di laman web anda. Tidakkah anda mahukan duit mudah jika ada pengiklan berminat membayar anda untuk mengiklan? Ada beberapa tools yang wajib anda gunakan untuk menilai setiap trafik secara automatik. Data pemantauan statistik trafik ini memberikan anda kelebihan berbanding pesaing lain. Anda akan lebih jelas bagaimana trafik datang ke laman web anda, kaedah promosi mana yang anda gunakan lebih menguntungkan dan apakah yang dicari oleh pelawat anda. Amat penting untuk anda mengelakkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.

 Jualan
Anda berminat untuk menjual produk atau servis dan mendapat keuntungan dengan mudah? Bagaimana anda boleh menjual secara efektif di internet terutama untuk pasaran Malaysia? Untuk pasaran Malaysia, anda mesti menyediakan kaedah pembayaran yang baik atau anda bakal kehilangan peratus yang besar menjana pendapatan lumayan di internet. Anda juga memerlukan tools yang boleh anda gunakan untuk memudahkan bakal pelanggan anda membeli lebih daripada satu produk dalam satu masa. Lebih produk dibeli dalam satu-satu masa bermakna untung berganda untuk poket anda! Anda memerlukan tool yang bertindak sebagai juru-jual maya. Tanpanya, produk anda sukar untuk dijual. Tools yang hebat dapat menjual apa sahaja yang anda kehendaki dengan amat berkesan.

Teknik SEO (Search Engine Optimization)
Anda mempunyai modal yang tidak terhad? Kaedah promosi berbayar terbukti berkesan untuk menjana trafik yang berkualiti tinggi. Namun, ada satu cara lagi yang percuma serta berkualiti iaitu trafik organik yang datang daripada enjin carian. Lebih 90% pengguna internet mencari info atau laman web menggunakan enjin carian. Maka, jika anda mengabaikan kaedah ini, samalah seperti anda mengabaikan 90% duit yang boleh anda jana melalui internet. Bagaimana untuk mendapat trafik organik? Sudah pasti dengan mendapat ranking tinggi dalam hasil carian untuk laman web anda. Ada pelbagai kaedah dan teknik yang telah didedahkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang ini. Anda hanya perlu berusaha mencarinya.

Inilah diantara perkara-perkara basic yang perlu difahami sekiranya anda mahu menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Di Malaysia ada beberapa usahawan internet yang telah mencapai tahap yang amat selesa sekali di dalam perniagaan internet ini. Mereka juga ada berkongsikan pelbagai ilmu untuk sesiapa yang ingin menjadi usahawan internet. Pelbagai rujukan telah dikeluarkan oleh mereka. Apa-apa pun, kejayaan anda, anda yang tentukan. Setiap usaha yang bersungguh dan tertib pasti ada hasilnya.

Selamat berjaya!