Ahad, Ogos 15, 2010

Produk yang sesuai

Apabila di sebut perniagaan, maka secara ringkas kita boleh membuat perniagaan di internet dengan menjual:

A. Produk
B. Perkhidmatan
C. Menjual produk dan perkhidmatan.

A. Produk
Sebelum kita mencari produk yang sesuai untuk di jadikan perniagaan kita, marilah kita bincangkan produk-produk yang kurang sesuai di jual di internet.

Antara produk yang dikatakan kurang sesuai di jual di internet ialah barang keperluan asas, sebagai contoh produk tersebut merupakan barang-barang yang mudah didapati di kedai runcit. Ibarat kata laaa, beras kat dapur saya dah habis, saya tak akan buka komputer kemudian melayari internet untuk mengorder beras... mengamok orang umah aku. Begitu juga dengan gula, garam, belacan dll.

Namun begitu sekiranya orang yang bijak, dia boleh menukar produk yang tak sesuai dijual di internet ini menjadi produk yang paling sesuai dijual di alam maya. Ok contoh ye, "SABUN BELACAN, bauan belacan yang menyegarkan tubuh". Barangkali belacan tu boleh menjadi produk paling laris, tapi ada ke produk macam tu?.

"UBAT SAKIT GIGI AJAIB, Setitik boleh menghilangkan terus sakit gigi anda", ia ke? sesuai ke produk macam tu? rasanya la, tak sesuai kut... sebab orang sakit gigi biasanya dia terus berjumpa doktor, dan tidak pernah orang yang tidak sakit gigi mencari ubat sakit gigi.

Cara mendapatkan produk untuk dijual:
1. Cipta sendiri, seperti, Cenderamata, Kraftangan, Kain batik, Perisian Komputer, Menulis buku, Menghasilkan produk informasi dll.

2. Pemborong, sebagai contoh:
* Membeli buku dari penerbit dan menjualkannya semula.
* Membeli pakaian secara borong dan menjualkannya semula.
* Membeli herba secara pukal kemudian menjualkannya semula di Internet dan sebagainya…

3. Menjadi orang tengah, Contoh, anda mempunyai seorang rakan yang pandai menghasilkan kraftangan tetapi tidak berminat untuk menjual hasilnya di Internet. Anda menghampirinya dengan cadangan untuk menjual hasil kraftangannya di Internet dengan pembahagian untung yang ditetapkan.

B. Perkhidmatan
Sementara itu anda juga boleh menjual PERKHIDMATAN, Sebagai contoh: Pereka Grafik, Penulis, Penyunting buku, Penasihat, Peguam, Ejen Hartanah, Ejen Insurans, Pelukis Karikatur,
Pelukis Kartun, Ahli Silap Mata, Penyanyi, Doktor, Jurulatih, Konsultan dan sebagainya…

Anda juga boleh mengubahkan perkhidmatan anda kepada produk. Sebagai contoh, bagi seorang Ahli Silap Mata, perkhidmatannya adalah membuat pertunjukkan Silap Mata (Magic Show) apabila terdapat jemputan.

Sebagai seorang pakar Silap Mata, beliau boleh menghasilkan VCD tentang cara-cara melakukan Silap Mata supaya sesiapa yang berminat boleh melakukan silap mata untuk menghiburkan ahli keluarga atau kenalan. Ahli silap mata tersebut berjaya menghasilkan produk (VCD) daripada perkhidmatannya (pertunjukkan)!

Sebenarnya terlalu banyak idea untuk kita memulakan perniagaan di internet, untuk mengetahui idea-idea tersebut anda boleh menghantar email kepada saya waklut@gmail.com, tuliskan tajuk berikan saya ebook idea perniagaan internet, insyaAllah saya akan menghantar kepada anda secara percuma.

Setakat ini dulu untuk hari ini, Sekian terima kasih

Tiada ulasan: